NGERI!!! Gunting Tercucuk Pada Mata Murid


SEORANG murid lelaki terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya apabila sebilah gunting tertusuk atas matanya, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Asraf Nuri Shamsudin yang dianggarkan lingkungan 11 tahun cedera di bahagian atas mata kanan dan hampir dengan otaknya.

Berikutan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Klang, Selangor sebelum dibawa ke hospital Sungai Buloh.

Menerusi gambar yang diterima Mynewshub, Asraf yang berpakaian sukan sekolah sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan sambil gunting masih lagi tercucuk pada bahagian matanya.

Setakat ini, difahamkan mangsa sudah menjalani pembedahan awal pagi tadi, namun tidak dapat dipastikan sama ada gunting itu sudah berjaya dikeluarkan atau belum.

Punca kejadian masih belum diketahui.–MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA