Netizen Sambut Baik Bajet 2017



BINTULU : Pembentangan bajet kali ini begitu menitik beratkan keperluan rakyat serta memberi manfaat secara keseluruhan.

Penjawat Awam Liu 51 berkata, bajet kali ini begitu berharaga bagi semua lapisan rakyat, bukan sekadar Bumiputera yang mendapat faedah tetapi kaum Cina dan India turut mendapat faedah.

"Sebagai rakyat Sarawak, saya menyambut baik terhadap peruntukan yang diberi kepada Sarawak.

"Banyak yang rakyat Sarawak terima tetapi ia perlu pelaksanaan yang telus dan lebih giat dipraktikkan agar setiap rakyat akan merasai segala nikmat pembangunan," ujarnya kepada Sarawakiana.

Bagi Rokiah Saidi 34 berkata, pembentangan bajet kali ini memang memperkasakan usahawan bumiputera.

"Umum mengetahui penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan begitu lemah jika berbanding dengan masyarakat lain.

"Bumiputera harus merebut peluang untuk memantapkan lagi penglibatan Bumiputera dalam perniagaan," jelasnya.

Menurut Insar Anjung 47 pula, dengan peningkatan BR1M membuktikan kerajaan berada pada tahap ekonomi yang baik.

"BR1M dinaikkan membuktikan negara berada pada landasan yang tepat dan kenyataan pembangkang bahawa negara ini berada pada tahap yang terukdalam ekonomi adalah satu kenyataan yang tidak benar.

"Ternyata selama ini pembangkang hanya berbohong dan mengelirukan rakyat dengan mengatakan negara sedang bankrup," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA