'Netizen alam maya, henti cemuh Faizznur'


SHAH ALAM - Kakak kepada mangsa nahas Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Yusnidah Hussain meminta netizen di alam maya berhenti mencemuh adiknya, Muhammad Faizznur Asyraf Hussain.

"Semua warga Facebook, saya dimaklumkan Faizznur sudah keluarkan kenyataan rasmi.

"Semua netizen di alam maya jangan lagi mencemuh dia," katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Faizznur, 26, didakwa pecah amanah dalam mengurus wang sumbangan orang ramai terhadap dua anak saudara mereka, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5.

Amira dan Aqila adalah anak pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam nahas membabitkan Myvi di Lebuhraya Duke, Mei tahun lalu.

Mengulas mengenai kenyataan balas Faizznur yang disiar malam tadi, Yusnidah berkata, penjelasan adiknya itu hanya berkisar tentang kisah keluarga sahaja dan tidak memaparkan keseluruhan cerita.

"Mungkin hakikat sebenar beliau akan bentangkan di mahkamah.

"Lebih baik bagi mendapat pengadilan. Insya-ALLAH mahkamah pasti akan mengadili kebenaran," katanya lagi.-SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA