Nenek 95 Tahun Terjun Udara Sambut Hari Lahir


AMERIKA SYARIKAT: Usia bukan penghalang bagi seorang nenek menyambut hari lahirnya yang ke 95 tahun dengan cara unik iaitu melakukan terjunan udara.

Menurut Bettie Butler,95, keinginan untuk terjun udara timbul sejak dia melihat bekas Presiden W H Bush melakukan terjun udara ketika usianya 90 tahun.

"Saya rasa saya mampu lakukan seperti itu juga," katanya.

Bettie berkata, dia memujuk tiga cucunya dan anak saudaranya untuk bersama-samanya melakukan aktiviti itu.

Ketika melakukan terjunan, Bettie adalah orang pertama yang terjun dari pesawat pada ketinggian 13,000 kaki.

Dia disambut oleh rakan-rakan serta keluarganya sebaik menyudahkan aktiviti itu bersama dengan sambutan hari lahir yang disertakan kek dengan 95 batang lilin. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA