Nelayan Dirompak Kumpulan Bersenjata



Beluran: Bot nelayan tempatan diserang enam lelaki bersenjatakan M16 dan M203 dalam rompakan di perairan berhampiran Pulau Jambongan dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kumpulan berkenaan yang menaiki bot pancung melarikan satu unit GPS, bateri, tiga lampu suluh, ikan serta minyak diesel daripada bot mangsa.

Bagaimanapun, semua sembilan kru bot nelayan tempatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden V Shivananthan berkata, selepas kejadian, kumpulan bersenjata itu melarikan diri ke selatan Filipina.

"Kru bot nelayan tempatan itu kemudian membuat laporan polis di Beluran di sini, hari ini," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA