Nancy Serah Bantuan Ihsan Kepada Penduduk Terjejas Ribut Di Simunjan


SIMUNJAN: Seramai 16 pemilik rumah terjejas dalam kejadian  ribut di Kampung Sungai Buloh pada Rabu lalu, menerima bantuan ihsan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Hajah Nancy Shukri dan ADUN Simunjan Awla Dris dalam satu lawatan ringkas semalam.

Selain menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa, dua pemimpin berkenaan berkesempatan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku dan mendengar rintihan mangsa.

Nancy yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata,  beliau dukacita diatas musibah yang berlaku serta berharap mangsa bersabar sementara menunggu bantuan seterusnya dari pihak kerajaan.

“Di samping menyampaikan bantuan kepada pemilik rumah yang terjejas, saya dan juga ADUN Simunjan juga akan berusaha untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan,” katanya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA