Naik Taraf Balai Ringin Kepada Daerah Kecil Dalam Perancangan


BALAI RINGIN : Terdapat pelbagai perancangan yang teliti harus dilakukan bagi menyokong usaha menaik taraf Balai Ringin menjadi Daerah Kecil.

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Serian (SAO) Gerard George Entigar berkata, struktur kepimpinan masyarakat perlu disusun semula kerana perkara tersebut akan menyokong perancangan tersebut.

"Perlantikan jawatan seperti temenggong, penghulu, pemanca dan sebagainya diwujudkan dengan lebih teratur dan tersusun.

"Buat masa ini perkara tersebut telah dipersetujui oleh Residen Bahagian Serian dan perbincangan seterusnya masih dalam perbincangan lanjutan," katanya kepada Sarawakiana di Hari Sukan Negara peringkat Balai Ringin.

Menurut beliau, perkara melibatkan usaha menaik taraf tersebut telah diusul sejak Snowdan menjadi wakil rakyat tetapi atas faktor tertentu Balai Ringin tercicir untuk dinaik taraf di dalam kuasa Bahagian Serian.

"Namun Snowdan telah mengusul semula perancangan tersebut untuk lebih drastik membangunkan kawasan Balai Ringin.

"Walaupun begitu, faktor seperti statistik penduduk, populasi, migrasi dan sebagai perlu dititik berat supaya peningkatan penduduk akan mempercepatkan rancangan tersebut," ujarnya.

Beliau berkata, pembangunan tempat seperti penambahan kedai, sekolah yang lebih teratur dan sebagainya akan diambil kira.

Perancangan tersebut telah dibincangkan dipihak jabatan dan mengharap perancangan menaik taraf Balai Ringin kepada sebuah Daerah Kecil akan terlaksana serta mendapat impak pembangunan yang menyeluruh.-Sarawakiana

1 comment:

  1. Wow!kalau lah impian ini bukan skadar cakap sahaja.....

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA