Nahas Bas Di Korea Selatan, 10 Maut


SEOUL: Sepuluh orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbakar di atas lebuh raya di Korea Selatan.

Menurut Kementerian Keselamatan Awam, 21 penumpang termasuk pemandu, berada dalam bas berkenaan apabila ia merempuh penghadang jalan dan terbakar di Lebuh Raya Gyeongbu berhampiran bandar raya Ulsan malam tadi.

Menurut pihak berkuasa Ulsan, penumpang bas berkenaan adalah pesara syarikat petrokimia dan pasangan masing-masing yang baru kembali dari lawatan ke China.

Punca kebakaran masih disiasat tetapi pihak berkuasa mengesyaki ia akibat tayar pancit yang menyebabkan bas berkenaan merempuh penghadang jalan dan geseran mencetuskan api.

Mangsa yang cedera dirawat kerana terhidu asap dan kesan melecur. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA