Muzik Sarawak Terus Berkembang Dan Mendapat Sambutan

KUCHING : Peningkatan artis tempatan Sarawak semakin positif memandangkan sambutan hangat daripada peminat tempatan begitu menggalakkan.

Menurut tuan punya studio rakaman Star Audio One Abang Alim berkata, bakat baru dikesan melalui program-program pertandingan nyanyian seperti karaoke dan sebagainya.

"Yang terbaru projek kami ialah mengetengahkan bakat juara pertandingan karaoke D' Village Idol.

"Kami tidak mahu menghentikan bakat setakat itu sahaja, justeru kami merancang sebuah mini kompilasi untuk diketengahkan kepada orang ramai," katanya kepada Sarawakiana.

Beliau turut mengulas tentang sambutan kerana usaha pihak yang terbabit dengan industri muzik Sarawak bekerjasama KPDNKK adalah sebab utama kurangnya gejala cetak rompak dan sambutan terhadap album tempatan begitu memuaskan.

"Inilah contoh yang terbaik dan akan memantapkan lagi industri muzik tempatan.

"Oleh itu kami yang mengusahakan studio rakaman akan lebih bergiat aktif untuk menghasilkan lagu yang berkualiti tinggi pada masa akan datang," jelasnya lagi.

Beliau yang hadir mengadakan promosi mini album Juara D' Village Idol yang mengetengahkan penyanyi baru seperti Shery Nicole, Melvia dan Putri di sini semalam menyatakan usaha pihak berkaitan industri muzik seperti Pengerusi Dayak Artist Music Association Snowdan Lawan begitu komited mencegah cetak rompak seterusnya mengangkat martabat industri muzik tempatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA