Mukhriz: satu peluru, dua kaki

Tulisan asal oleh : Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 5 Oktober 2016.

Semalam, Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak tahu sama ada untuk ketawa atau menangis sebagai mengulas kenyataan Annuar Musa bahawa beliau adalah dialu-alukan untuk kembali ke dalam Umno jika beliau mahu 'pulang'.

Saya mengenali Annuar, dan telah mengenali beliau sejak tahun 1980-an apabila beliau hanya pegawai dalam SEDC Kelantan. Setiap kali kami bertemu, walaupun jarang sekali, kami masih berpelukan, gaya Arab. Kali terakhir saya bertemu beliau adalah ketika di rumah Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 2007.

Bagaimanapun, Annuar, sebagai ahli politik yang bijak dan berpengalaman, hanya membuka laluan untuk Mukhriz untuk mengatakan sesuatu yang positif. (Orang Melayu memanggil ini sebagai main sepak raga: anda lambung supaya pemain lain boleh sepak). Sebaliknya, Mukhriz bukan sahaja menembak kakinya sendiri, beliau juga menembak kaki Mahathir - satu peluru, dua kaki.

Seorang ahli politik tidak akan menutup pintu untuk keluar. Malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak berbuat demikian. Beliau sentiasa meninggalkan sekurang-kurangnya satu pintu keluar.

Jadi apa yang Annuar telah lakukan itu adalah membuka pintu untuk Mukhriz - satu strategi yang paling berhemah pada masa itu untuk Mukhriz dengan tiada apa-apa lagi yang nyata di hadapan beliau. Dan seorang ahli politik yang baik tidak akan menolak peluang itu.

Pendek kata, seperti apa yang orang Melayu katakan: jangan cerai talak tiga - bermaksud membuat keputusan muktamad. Tetapi ini adalah apa yang Mukhriz lakukan dan apabila Mahathir mendapat tahu beliau marah dan menjerit meminta Mukhriz berjumpa dengannya, dengan menggunakan paksaan jika perlu.

Tun Dr Siti Hasmah Ali begitu bimbang bahawa orang tua itu akan sekali lagi dimasukkan ke IJN sehingga beliau mengerling ke arah Mukhriz - dan jika pandangan boleh membunuh, Mukhriz akan dikebumikan pagi ini.

Sebenarnya, saya boleh mengatakan perkara yang sama seperti apa yang Mukhriz katakan: saya tidak tahu sama ada untuk ketawa atau menangis dengan kebodohan beliau. Dan bapanya, Mahathir, hilang kata-kata sehingga beliau tidak boleh ketawa atau menangis walaupun beliau mahu.

Ini membuktikan bahawa Mahathir tidak pernah memberitahu Mukhriz segala-galanya. Boboi ini terlalu naif sehinggakan beliau tidak tahu bila untuk menutup mulutnya. Jadi Mahathir berurusan dengan Mukhriz atas dasar perlu-tahu.

Kerana Mukhriz tidak tahu bagaimana untuk menutup mulutnya, seluruh dunia kini tahu bahawa Mahathir adalah dalang di sebalik sabotaj IPO 1MDB dan bahawa beliau menggunakan Bank Negara untuk mencapai matlamat ini. Jika tidak, kita tidak akan tahu tentang peranan Mahathir dalam mensabotaj 1MDB dan sebab beliau berbuat demikian, seperti yang dinyatakan oleh Haris Che Mat.

Malah, Haris telah mencabar Mukhriz untuk bersumpah dengan Al-Quran bahawa itu bukanlah sebenarnya.

Kemudian kita ada pengumuman oleh DoJ AS dan Peguam Negara AS pada 20 Julai 2016, yang mana Mukhriz dan pengikutnya meraikannya dengan cerut di Bangsar. Tanpa disedari, Mukhriz mendedahkan bahawa beliau tahu apa yang akan berlaku sebelum ia berlaku kerana Mahathir adalah dalang di sebaliknya.

Kemudian, pada 26 Julai 2016, semasa mereka merancangkan sidang akhbar mereka, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis dan semuanya ‘kantoi’.

Bekas Ketua SPRM, Abu Kassim Mohamed, panik dan berlari ke pejabat Perdana Menteri (tetapi gagal untuk bertemu dengannya) manakala Abdul Gani Patail, bekas Peguam Negara, MIA (hilang dalam tindakan) kerana beliau tahu bahawa permainan telah tamat.

Jadi Mahathir tahu bahawa beliau harus berurusan dengan Mukhriz atas dasar perlu-tahu. Dengan Boffin Boys Najib yang dapat membuat begitu banyak serang balas dan pencegahan awal yang berjaya, jelas menunjukkan bahawa seseorang atau beberapa orang telah mendedahkan rancangannya, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Apa-apa pun, sekarang ini Mahathir merahsiakan rancangannya daripada semua.

Saya masih belum dapat bercakap dengan Annuar Musa lagi, bagaimanapun, mengenalinya, selain daripada membuka laluan untuk Mukhriz, beliau juga boleh meletakkan perangkap untuk Mukhriz dengan mengetahui bahawa Mukhriz akan berjalan memasukinya. Annuar dapat 'menghidu' yang Mahathir tidak lagi mempunyai apa-apa pilihan yang tinggal jadi satu-satunya laluan yang terbuka untuk Mahathir adalah untuk membuat perjanjian.

Saya telah menerima beberapa mesej daripada sumber dalaman saya dalam tempoh beberapa hari lepas yang memberitahu saya bahawa Mahathir sedang cuba untuk membuat perjanjian dengan Najib, Mahathir menghantar orang tengah untuk bertemu Najib, Mahathir telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk berbincang dengan Najib, dan sebagainya.

Setiap hari saya menerima banyak maklumat, tetapi saya perlu berhati-hati dengan semua maklumat ini. Saya perlu menyemak semula maklumat yang saya terima kerana walaupun Tengku Razaleigh Hamzah sendiri memberitahu saya sesuatu perkara dan Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa maklumat itu adalah benar (seperti maklumat mengenai Rosmah Mansor berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya), ia tidak semestinya betul.

Saya kira beliau perlu diberi pengajaran (seperti yang saya lalui pada tahun 2008). Jadi, walaupun beberapa sumber memberitahu saya bahawa 'Mahathir cuba untuk membuat perjanjian dengan Najib, Mahathir menghantar orang tengah untuk bertemu Najib, Mahathir telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk berbincang dengan Najib,' dan sebagainya, saya KIV-kan maklumat ini dahulu dan anda mungkin perasan bahawa sejak beberapa hari lepas saya tidak pernah menulis apa-apa mengenai perkara ini.

Sekarang, Annuar Musa adalah sangat rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Jadi, jika maklumat itu adalah benar (dan saya tidak mengatakan bahawa ianya benar), ini bermakna Annuar akan tahu apa yang kita semua tidak tahu. Dan, dengan mengandaikan cerita ini adalah benar, ia akan masuk akal untuk Annuar meletakkan perangkap untuk Mukhriz dengan 'mengundang' Mukhriz masuk semula ke dalam Umno (ini hanyalah satu spekulasi).

Mengenali Mukhriz, ego beliau tidak akan membenarkan beliau untuk berdiam diri. Beliau akan menjawab dan apa sahaja jawapan beliau akan membunuhnya. Jika beliau berkata 'terima kasih tetapi biarlah saya mempertimbangkannya’, beliau akan mati dan jika beliau mengatakan 'tidak mungkin saya akan kembali ke Umno’ beliau juga akan mati.

Apa yang Mukhriz sepatutnya lakukan adalah sama ada berdiam diri atau pergi berbincang dengan bapanya dahulu dan bertanya apa yang patut beliau katakan. Sekiranya ia adalah benar bahawa Mahathir sedang cuba untuk membuat perjanjian dengan Najib, ia adalah lebih baik untuk tidak berkata apa-apa. Jika anda menutup pintu itu, maka ia adalah janggal untuk Mahathir terus berbincang dengan Najib.

Maksud saya, ini adalah sama seperti DAP menutup pintu kepada PAS dengan talak tiga dan hari ini Anwar berkata mereka perlu terlebih dahulu berbincang dengan PAS sebelum berbincang mengenai pakatan pembangkang baru yang lebih besar. Jadi, apa yang DAP kini lakukan, pergi mencari Cina buta? Dan sekarang Mukhriz juga perlu mencari Cina buta selepas berkata, "Kami tidak akan berubah. Masa Umno sudah habis."

Mukhriz dengan jelas memberitahu bahawa agenda beliau adalah untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah misi hidup atau mati. Jadi beliau sama ada akan memusnahkan Umno dan Barisan Nasional atau mati kerana mencuba. Selepas mengisytiharkan tidak akan berpatah balik, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain untuk mara ke hadapan dan berhadapan dengan apa yang ada di hadapan beliau.

Mahathir pada usia 91 tahun dan dengan tempoh masa yang tidak lama lagi tidak mampu membuat misi bunuh diri ini. Terdapat banyak lagi perkara yang dipertaruhkan di sini. Keegoan tidak meletakkan kuasa di tangan anda atau wang dalam poket anda. Ia hanya memusnahkan anda dan menghancurkan impian anda. Dan impian Mahathir adalah untuk menyelamatkan kekayaannya (kini di tangan pemegang amanah, proksi, calon-calon dan kroninya) dan untuk membina dinasti dengan anaknya sebagai bakal Perdana Menteri.

Mahathir mula-mula cuba menggunakan kaedah ‘direct-to-the-top’ tetapi gagal. Dan ia gagal kerana beliau bukan Lee Kuan Yew dan anaknya bukan General Lee Hsien Loong. Tambahan pula, Najib enggan menjadi Goh Chok Tong Mahathir dan menjadi mentor dan penjaga Mukhriz (ramuan penting bagi rancangan ini untuk berjaya).

Yang pasti, Mahathir Mohamad bukanlah Kuan Yew.

Kesilapan terbesar Mahathir adalah semasa beliau mempunyai banyak isu untuk menghentam Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau hanya mempunyai satu isu terhadap Najib, iaitu 1MDB.

Selain daripada memilih 1MDB sebagai alat kerana Mahathir tidak mempunyai apa-apa lagi untuk digunakan, 1MDB juga merupakan ikon atau simbol Najib. Maksud saya ia adalah seperti jika anda mahu menjatuhkan Mahathir anda menghentam Proton kerana itu adalah ikon atau simbol Mahathir.

Semasa Tengku Razaleigh membuka langkah beliau untuk menggulingkan Mahathir, beliau tidak menggunakan atau mensabotaj Proton sebagai alatnya walaupun beliau boleh melakukannya. Dan itu adalah kerana jika beliau menyakitkan Proton maka beliau akan menyakiti Malaysia juga, walaupun Tengku Razaleigh merasakan bahawa Proton adalah satu kesilapan.

Mahathir, bagaimanapun, tidak kisah langsung untuk menyakiti Malaysia dengan menyakitkan 1MDB. Beliau bersungguh-sungguh mensabotaj 1MDB hanya supaya beliau boleh menyakiti Najib walaupun Malaysia yang mendapat kecederaan dalam proses itu. Ini adalah perbezaan yang amat ketara antara Anak Raja dan pseudo-Melayu. Mahathir akan meletupkan keseluruhan jet penumpang hanya untuk membunuh satu orang di atas kapal terbang itu.

Dan serangan Mahathir ke atas 1MDB bukanlah serangan ke atas apa-apa kepentingan strategik. Ia hanya kerana 1MDB membawa nama Najib seperti Proton membawa nama Mahathir. Jadi Mahathir mahu memusnahkan kebanggaan Najib sama seperti jika anda menyerang Proton ia adalah untuk memusnahkan kebanggaan Mahathir.

Ini adalah satu kesilapan yang sama seperti yang Hitler lakukan apabila beliau menyerang Stalingrad. Bandar itu tidak mempunyai kepentingan ketenteraan atau ekonomi terhadap Rusia. Ia hanyalah semata-mata kebanggaan Stalin kerana ia membawa nama beliau, satu-satunya perkara penting mengenai Stalingrad.

Jadi Hitler mahu mengambil alih kota itu atau memusnahkannya dalam proses kerana ia akan menjadi serupa dengan memusnahkan nama dan kebanggaan Stalin. Masalahnya ialah Hitler membuat banyak keputusan berdasarkan kebanggaan dan ego. Dan itu adalah kekurangannya. Mahathir tidak belajar daripada perkara ini dan beliau juga banyak membuat keputusan berdasarkan kebanggaan dan ego.

Mungkin ianya adalah sesuai untuk mengatakan bahawa 1MDB adalah Stalingrad Mahathir. Stalingrad adalah permulaan Hitler dan 1MDB juga permulaan kepada pengakhiran Mahathir.

Jadi Mahathir hanya mempunyai dua pilihan yang tinggal. Berjuang hingga ke akhirnya seperti Hitler dan kemudian membunuh diri bersama-sama dengan semua orang penting beliau (termasuk anak-anaknya) seperti apa yang Hitler lakukan. Atau meminta untuk berdamai dan cuba untuk berunding perjanjian untuk tiga anak lelakinya, yang mana adalah apa yang Mahathir kini cuba lakukan.

Sudah tentu, Mahathir perlu memberi gambaran bahawa beliau belum selesai lagi dan masih mempunyai beberapa perjuangan yang masih belum tamat. Tetapi kemudian beliau tahu bahawa kemuncak pertempurannya adalah pada bulan Julai 2015, dan sejak itu sehingga Disember 2015, beliau hanya berjuang dalam pertempuran yang tidak tetap seperti pada hari-hari terakhir Third Reich.

Menjelang Januari tahun ini, keadaan telah bertukar dan pemburu menjadi buruan. Hentaman terakhir datang pada Februari 2016 apabila Mukhriz dipecat sebagai Menteri Besar pada 3 Februari dan Mahathir meletak jawatan daripada Umno pada 29 Februari.

Selepas itu Mahathir jatuh merudum dan tidak pernah pulih.

Jadi sekarang Mahathir hanya mempunyai satu pilihan yang tinggal. Adakah beliau mahu bersembunyi dengan tiga anak-anaknya dan membunuh diri? Jika tidak, beliau perlu menyelamatkan apa yang tertinggal untuk diselamatkan. Dan itu bermakna tunduk kepada Najib dan mengaku kalah. Najib bukan seorang pendendam, maka Mahathir masih mempunyai harapan. Najib tidak akan membinasakan seluruh keluarga Mahathir seperti apa yang orang tua itu lakukan kepada Anwar.

Keputusan, sebagaimana yang mereka katakan, adalah di tangan Mahathir. Walau bagaimanapun, sebelum Mahathir boleh membuat keputusan, Mukhriz menghancurkannya. Kini semuanya telah musnah.

Jadi Mahathir mungkin perlu menggugurkan Mukhriz sepenuhnya dan menaikkan Mokhzani sebaliknya. Mokhzani telah terbukti lebih bijak antara mereka berdua. Tetapi SC sedang menyiasat Mokhzani untuk perdagangan orang dalam dan terdapat kemungkinan bahawa beliau boleh ditangkap dan didakwa. Jadi Mahathir perlu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu. Sebaik sahaja Mokhzani didakwa, ianya sudah terlambat.

Mahathir gagal untuk belajar dari sejarah tentang kesulitan apa yang patut dielakkan. Dan ini adalah mengapa Najib dengan mudah memesongkan tindakan beliau dan menghukum kesilapannya. Mahathir suka jalan pintas dan pantas. Beliau berpendapat bahawa oleh kerana beliau berjaya membuatkan semua anak-anaknya jutawan segera dalam tempoh hanya dua atau tiga tahun, beliau juga boleh membuat Mukhriz sebagai Naib Presiden Umno segera diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Sekarang Mahathir menyedari bahawa beliau telah kalah permainan strategi. Jadi beliau kini perlu menggunakan permainan diplomasi - yang bermaksud beliau akan menjilat kembali ludahnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan Najib.

Perjanjian dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim gagal dijalankan. Malah, Anwar juga bercakap tentang membawa PAS kembali ke dalam pakatan pembangkang, yang akan mengecewa PAN dan DAP. Adakah ini bermakna Anwar mahu menutup Pakatan Harapan (yang mana akan terjadi jika Anwar bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS)?

Dengan cara ini Pakatan Harapan tidak mungkin akan memerintah Malaysia. Dan itu juga bermakna Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri melalui pembangkang. Jadi bagaimana lagi untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri jika tidak melalui Umno dan Barisan Nasional? Dan jika Mukhriz terus berkata-kata tanpa menapis kata-katnya, Mahathir mungkin perlu menyingkir Mukhriz dan memihak kepada Mokhzani.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mukhriz-one-bullet-two-feet/

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA