Mourinho Larang Rooney Keluar Dari United



MANCHESTER: Wayne Rooney tidak akan dibenar meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini meskipun kecewa kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama di Old Trafford.

Ini berikutan Ronald Koeman pengendali bekas kelabnya, Everton menjadi pengurus pertama dalam Liga Perdana Inggeris melahirkan minatnya untuk mendapatkan semula kapten England itu sekiranya Jose Mourinho bercadang melepaskannya.

Namun Mourinho menegaskan bukan sahaja Rooney, 31, diberitahu supaya melupakan hasrat untuk meninggalkan United malah mahu pemain veteran itu memainkan peranan utama untuk menggerakkan sasaran membawa United kembali ke persada liga.

"Saya tahu dia masih boleh bermain pada peringkat tertinggi. Saya tahu dia jenis pemain yang saya perlukan," kata Mourinho.

"Dia boleh bermain di peringkat tinggi. Saya tidak boleh kata apa yang terjadi kepadanya ketika dia berumur 32, 33, 34 atau 35 nanti, tapi apa yang boleh saya katakan dia adalah pemain yang baduik, pemain yang penting untuk kami. Tidak tidak akan keluar.

"Kami suka dia, dan dia sukakan kami. Dia tidak gembira kerana berada di tempat pemain gantian pada beberapa permainan tapi saya fikir dia lagi tidak gembira sekiranya cedera atau berada hanya sebagai penonton.

"Tiada masalah langsung sebenarnya. Dia adalah kapten saya. Dia adalah kapten pasukan," kata Mourinho.

Koeman sebelum ini membayangkan mengenai minatnya terhadap Rooney, yang meninggalkan Goodison ketika berusia 19 tahun pada musim panas 2004.

"Sekiranya ada kemungkinan Rooney sebagai pilihan untuk Everton, saya amat teruja," kata Koeman. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA