MOARE Rapatkan Jurang Sosio Ekonomi Bandar Dan Luar Bandar


KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar (MOARE) yang merupakan gabungan tiga kementerian iaitu Kementerian Pemodenan Pertanian (MOMA), Kementerian Pembangunan Tanah (MLD) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (MLD) yang diwujudkan untuk mendekatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat luar bandar dan bandar negeri Sarawak.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. berkata, Kementerian baru ini diwujudkan untuk membantu Sarawak mencapai wawasan dan transformasi sosio-ekonomi sebagai sebuah negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

“Dalam terma ekonomi, ini bermakna kita harus mencapai Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar RM82,600 pada tahun 2030. 

“Untuk mencapai sasaran, ekonomi negeri haris berkembang pada kadar 6.5% setahun tetapi, jika dibandingkan dengan sasaran kadar pertumbuhan 4.4% yang telah dicapai beberapa tahun lalu, kita tidak boleh terus melakukan perkara yang sama pada masa lalu,” jelas beliau ketika merasmikan Perrsidangan Pegawai Senior (SOC) 2016 di sini, hari ini.

Tambah beliau, jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar juga harus dirapatkan. Pada tahun 2014, pendapatan isi rumah di kawasan bandar adalah sejumlah RM6,075 manakala penduduk luar bandar hanya berjumlah RM3,387. 

“Oleh itu, jawatankuasa transformasi sosio-ekonomi, yang merupakan satu daripada tiga jawatankuasa kabinet telah diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi menyelia proses transformasi ekonomi negeri untuk merealisasikan wawasan kerajaan dan proses transformasi ekonomi sentiasa berada di landasan yang betul,” tegasnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan Perladangan Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis Tini, Menteri Muda Luar Bandar (Pesisir) dan Perikanan Sarawak, Datuk Haji Julaihi Haji Narawai, Menteri Muda Pertanian Sarawak, Encik Malcolm Mussen Lamoh dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pemodenan Pertanian & Ekonomi Luar Bandar Sarawak, Datu Dr. Ngenang Jangu. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA