MITI Dapatkan Maklumat Hala Tuju Industri Logistik


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, bersama delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) baru-baru ini mengadakan program lawatan kerja dan sesi dialog bersama beberapa syarikat besar di Pelabuhan Klang.

Century Total Logistics Sdn Bhd adalah satu daripada syarikat yang terpilih menyertai program itu bertujuan mendapatkan maklum balas dan mengumpul maklumat untuk menyasar hala tuju serta keperluan industri ogistik di Malaysia.

Munstapa disambut Pengarah Urusan Century Total Logistics, Steven Teow dan pengurusan kanan syarikat.

Beliau diberikan taklimat aktiviti operasi dan pelan jang panjang syarikat, selain meklum balas berkenaan dengan industri logistik.

Mustapa juga dibawa melawat gudang Century Logistics bagi melihat perjalanan operasi harian syarikat dan proses pengendalian barangan milik pelanggan berkapasiti tinggi yang menggunakan khidmat Century Logistics seperti F&N, MIEDA dan HAIFER.

Sementara itu, Century Total Logistics juga merancang untuk membina gudang berbilang tingkat berdekatan Shah Alam bagi memenuhi kehendak pelanggan, pasaran dan keperluan khidmat logistik.

Baru-baru ini juga, pemegang saham terbesar syarikat Century Total Logistics, Datuk Richard Phua, Telah menjual sejumlah saham kepada syarikat gergasi Logistik di Asia, CJ Korea Express yang berpangkalan di Korea Selatan.

Urus niaga itu menadikan Century dan CJ Korea Express sebagai syarikat berdaya saing dan berkapasiti tinggi di Malaysia yang menawarkan kepelbagaian dalam khidmat logistik terutama dalam sektor e-dagang.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA