MH370: Malaysia Terima Keputusan ATSB Lanjutkan Tempoh Pencarian


SUNGAI PETANI: Malaysia menerima keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang memutuskan untuk melanjutkan tempoh pencarian pesawat malang itu selama dua bulan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata lanjutan tempoh pencarian itu terpaksa dibuat memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di lokasi pencarian sekarang.

"Di kawasan pencarian tersebut, musim dan cuaca tidak mengizinkan sehingga misi tidak dapat dijalankan dengan sempurna, jadi kita bersetuju dengan dapatan dibuat penyiasat di sana iaitu dua bulan lagi untuk teruskan pencarian MH370," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Isu Semasa: Ancaman Militian Daesh di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani di sini hari ini.

Semalam, laporan media antarabangsa menyebut ATSB memutuskan melanjutkan tempoh pencarian MH370 selama dua bulan ekoran cuaca buruk di Lautan Hindi. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA