#MH17: Nama Dalang Bakal Didedah


SYDNEY: Harapan untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada Julai 2014, kembali terbuka apabila nama-nama individu yang terlibat mungkin didedahkan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Australia, Julie Bishop pada Ahad bahawa nama-nama dalang yang terlibat akan disahkan pada hujung tahun ini sebelum tindakan lanjut diambil.

"Sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan, senarai individu yang dipercayai bertanggungjawab akan disahkan dan dihukum.

"Dalang nahas itu mungkin dihadapkan ke tribunal antarabangsa, sama seperti kes pengeboman pesawat PanAm pada 1998 di Lokerbie, Scotland," kata beliau ketika diwawancara bersama stesen penyiaran tempatan, ABC.

Rabu lalu, pasukan penyiasat antarabangsa mengesahkan pesawat Boeing 777 tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia yang dilepaskan dari kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Moscow di timur Ukraine.

Laporan pasukan penyiasat itu menyangkal dakwaan Rusia bahawa, senjata antipesawat tersebut besar digunakan oleh tentera Ukraine berbanding kumpulan pemberontak.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut dalam tragedi 17 Julai 2014 itu. - REUTERS

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA