Mesyuarat Menteri Pengangkutan BIMP-EAGA, Perkukul Kerjasama Serantau


KUCHING: Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina – Mesyuarat Menteri Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan Timur Asean Ke-Sebelas (11th BIMP-EAGA) Transport Ministers Meeting) berakhir dengan keputusan yang positif serta pertukaran pendapat yang membina dan idea berkaitan pengukuhan kerjasama dalam hubungan pengangkutan di antara negara serantau dalam BIMP-EAGA.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai berkata, pelaksanaan Pelan Induk 2012-2016 menunjukkan perkembangan positif yang melibatkan projek naik taraf infrastruktur perhubungan darat, udara dan maritim yang melibatkan lapangan terbang, jalan raya dan pelabuhan di kalangan negara ahli BIMP-EAGA.

“Kita turut mengalu-alukan Wawasan BIMP-EAGA 2025 (BEV2025) yang telah dimuktamadkan. Ia akan mewujudkan persaingan ekonomi serantau yang mampan dan berdaya tahan bagi merapatkan jurang pembangunan yang telah dijadualkan untuk disahkan pada Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-12 pada April 2017 akan datang,” jelas beliau ketika sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Pullman, di sini hari ini.

“Kita turut memberi sokongan penuh terhadap strategi sektor pengangkutan untuk menjalin hubungan negara serantau melalui pelbagai mod yang selamat dan lancar,” jelasnya.

Tambah beliau, sokongan turut diberikan atas kepentingan strategik sektor pengangkutan dengan meningkatkan mod perhubungan (udara, darat dan laut), menambahbaik kemudahan pengangkutan, menambahbaik kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelabuhan, lapangan terbang dan jalan darat yang diberikan keutamaan serta mengukuhkan tahap kerjasama dengan negara serantau.

Tegas beliau, “Dibawah BEV2025, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Pelan Induk Perhubungan ASEAN 2015, Kami menggesa agar pegawai kanan pengangkutan yang terlibat untuk memberikan lebih perhatian terhadap projek yang telah diberikan keutamaan dan inisiatif dibawah kepentingan strategik untuk memastikan pelaksanaan projek dipantau rapat.”

Turut hadir pada mesyurat itu tadi ialah Menteri Komunikasi Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Haji Sirat, Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan Republik Indonesia mewakili Menteri Pengangkutan Republik Indonesia, Sugihardjo, Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Dibawah Jabatan Pengangkutan Reppublik Filipina mewakili Setiausaha Jabatan Pengankutan Republik Filipina, Felipe A. Judan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA