MERCY Harap Dr Fauziah Dibawa Pulang Segera


KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia mengharapkan bekas bendahari kehormat dan ahli sukarelawannya, Dr Fauziah Mohd Hasan, selamat dan dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin.

Wakil tunggal Malaysia dalam misi keamanan ke Gaza itu - Zaytouna-Oliva `Women's Boat to Gaza' (WBG), bersama 12 aktivis wanita ditawan tentera laut rejim jam 8.58 malam waktu Malaysia, semalam.

Presiden MERCY, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, berkata Dr Fauziah akrab dengan MERCY dan aktif sukarelawan dengan misi terakhir beliau bersama MERCY, adalah pada 2009 ke Gaza.


"MERCY terkejut dan terharu dengan berita penahan itu. Bagaimanapun, kami ingin menyampaikan sokongan setia kawan dan mendoakan beliau kembali ke tanah air dengan selamat secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media MERCY Malaysia sempena penganjuran Siri Syarahan ke-4 Sultan Nazrin Shah, 2016 membabitkan migrasi, penempatan dan krisis kemanusiaan di Universiti Sunway, 23 November depan.

Mercy bagaimanapun, menjelaskan Dr Fauziah mengambil keputusan menumpukan aktiviti atau bantuan sukarelawan persendirian kepada rakyat Palestin dan Gaza.- BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA