Meraung Pertama Kali Tengok ‘Anaconda’ Suami


AFRIKA SELATAN: Bulan madu seorang suami yang sepatutnya memberi kebahagian buatnya bertukar tragis selepas dia dicederakan oleh isterinya gara-gara wanita berkenaan terkejut melihat alat sulitnya yang disifatkan terlalu besar seperti timun.

Wanita terbabit, yang tidak didedahkan identitinya terkejut selepas pertama kali melihat alat sulit suaminya ketika bulan madu bertindak memukul kepala pasangannya, Mnombo Madyibi, 32, menggunakan botol minuman keras sehingga mengakibat kecederaan.

Menurut laporan media antarabangsa, wanita tersebut menggambarkan zakar suaminya seolah panjang seperti timun, berbulu dan menakutkan seperti 'semak'.

Madyibi, yang digelar sebagai ‘anaconda’ oleh rakan pasukan bola sepaknya selepas mereka melihat alat sulitnya di bilik persalinan berkata, hubungan intim dia dan isteri mulanya berlaku dalam keadaan baik pada malam itu.

Namun menurut Madyibi, segalanya berubah selepas dia menanggalkan seluar dalam mengakibat isterinya seolah trauma dan berada dalam ketakutan, lapor Daily Star, semalam.

Akibatnya, isteri Madyibi telah bertindak memukulnya dengan botol minuman, menggigit telinga dan meramas alat sulitnya.

“Dia memukul saya dengan botol minuman keras dan cuba untuk melemaskan saya menggunakan anak patung beruang bewarna merah dan putih yang dihadiahkan oleh saya kepadanya,” katanya.

Jeritan isteri Madyibi yang ‘terkejut’ melihat zakar suaminya itu turut didengari tetamu lain yang turut menginap di hotel sama, di sini.

“Saya rasa dia marah kerana saya hanya mampu membawanya berbulan madu di tempat murah dan bukan seperti yang diidamkannya di Zanzibar,” kata Madyibi, dipetik sebagai berkata.

Sementara wanita terbabit yang pertama kali berjumpa dengan suaminya di gereja pada tahun lepas berkata: “Dia (Madyibi) mempunyai saiz zakar yang besar – panjang seperti timun, berbulu dan menakutkan.”

“Saya hanya menamparnya di pipi,” dakwanya.

Pasangan tersebut tidak mahu memanjangkan insiden tersebut dan bersetuju untuk menghadiri kaunseling bagi mengatasi ‘masalah’ mereka.

“Saya hanya biasa mendengar mengenai pembesaran saiz zakar, dan bukannya mengecut,” tambah Madyibi. - MalaysianDigest

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA