Menteri Kerja Raya Terima Anugerah Tertinggi IRF


KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga tunjang kepada Program Pembangunan Lebuh Raya Malaysia menerima anugerah Profesional of The Year Award 2016.

Pengerusi IRF, Abdullah Al-Mogbel berkata, pengiktirafan tertinggi daripada Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) itu diberikan kepada penggiat industri pengangkutan yang banyak menyumbang dan komited terhadap pembangunan industri.

"Pencapaian Fadillah boleh dijadikan inspirasi kepada pemimpin di rantau ini dalam usaha menyelesaikan masalah infrastruktur di Asia.

"Anugerah ini akan mengukuhkan ikatan di antara pihak berkepentingan dalam industri pengankutan di Malaysia dan golongan profesional seluruh dunia," katanya ketika berucap dalam Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa Wilayah Asia Ke-2 yang bermula hari ini sehingga 20 Oktober. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA