Mayat Salah Seorang Anggota Tentera Yang Hilang Ditemukan


KUALA LUMPUR - Mayat seorang anggota tentera yang terjatuh ke dalam laut semasa menjalankan operasi di Pulau Perak dekat perairan Langkawi ditemukan pada pukul 10.45 pagi tadi.

Mangsa yang ditemukan adalah Kope­ral Mohd. Faizol Rosli, 29 manakala seorang lagi yang masih hilang ialah Koperal Johbartlee Kanil, 32.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, mayat tersebut dijumpai 30 meter dari Pulau Perak dan mangsa dipercayai tergelincir, jatuh dan tersepit pada batu.

"Mayat ditemukan oleh anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam jarak 30 meter dari Pulau Perak.

"Ia telah dibawa ke naik ke Kapal Diraja (KD) Mahawangsa dan dipindahkan ke Butterworth. Usaha untuk mengesan seorang lagi mangsa sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Isnin lalu, dua anggota tentera dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang hilang selepas terjatuh ketika bertugas di Pulau Perak, 66 batu nautika dari barat daya Langkawi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA