Mayat Nelayan Hilang Di Tanjung Po Ditemui


KUCHING: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakannya karam selepas dipukul ombak di perairan Tanjung Po berjaya ditemui berdekatan Pulau Lakei pagi tadi.

Mayat tersebut disahkan sebagai Razali Pet, 36 tahun oleh keluarganya sebaik sahaja mayat mangsa tiba di jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin(KOMTAS) pada jam 11.40 pagi.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika ditemui berkata mayat mangsa dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira lima batu nautika dari tempat lokasi kejadian terbabit, katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA