• Mayat Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Kapit Ditemui

    Published: Monday, 3 October 2016
    A- A+
    Gambar Hiasan
    KAPIT: Mayat seorang lelaki dikhuatiri hilang di Nanga Merit, Sungai Rajang pada malam Jumaat lalu ditemui sekitar jam 7.30 pagi semalam.

    Mangsa dikenali Randy Karim, 20-an dikatakan terjatuh ke sungai terbabit sekitar jam 7 malam.

    Insiden itu berlaku di Rumah Pius, Nanga Merit, Batang Rajang.

    Mayatnya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

    Punca sebenar insiden belum dapat dipastikan.-UB
  • No Comment to " Mayat Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Kapit Ditemui "