Mayat Dipercayai Lelaki Terjun Jambatan Ditemui


SEBERANG PERAI - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung dan sudah kembung berdekatan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu dijumpai sekumpulan nelayan pantai pada jarak 1 batu nautika dari lokasi Mohd. Shukri Saad, 38, yang dilaporkan terjun di Kilometer 11.3 jambatan berkenaan Rabu lalu.

Turut ditemui adalah beg berisi bata yang masih digalas pada bahunya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan sebelum diserahkan kepada polis untuk pengesahan identiti.

Difahamkan, proses pengecaman akan dilakukan ahli keluarga Mohd. Shukri di Hospital Sungai Bakap sebentar lagi. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA