Mayat Berulat Ditemui Dalam Semak


BACHOK: Empat mayat berulat ditemukan dipercayai dibunuh dan di buang dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir,Bekelam dekat sini pada pukul 6 petang tadi.

Difahamkan kejadian itu disedari penduduk kampung yang dikatakan terhidu bau busuk ketika melalui kawasan semak berkenaan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihak polis sedang berusaha mengenalpasti identiti mangsa terbabit.

"Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pasukan forensik bagi mengesahkan ke empat-empat mayat berkenaan.

"Kawasan itu dipercayai agak bersemak dan jauh dari perkampungan penduduk.

"Siasatan dilokasi agak mengambil sedikit waktu kerana terpaksa masuk ke dalam semak," katanya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok turut membantu dari aspek pencahayaan dan lain-lain keperluan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA