• Maut Minum Herba Beracun Dipercayai Mampu Rawat Kencing Manis

    Published: Wednesday, 26 October 2016
    A- A+

    NEW DELHI: Seorang doktor dan tiga lagi pesakitnya maut selepas minum ubat herba beracun yang didakwanya mampu merawat penyakit kencing manis dan hipertensi di sebuah perkampungan selatan India.

    Manakala seorang lagi pesakit berada dalam keadaan kritikal selepas minum ramuan ubat yang disediakan oleh doktor berkenaan di klinik di kampung Alagappuram di Tamil Nadu Ahad lalu.

    “Mereka tidak sedarkan diri dan muntah serta dipindahkan ke hospital di mana keempat-empat mereka mati,” kata pegawai polis tempatan, Muthiah.

    Doktor berkenaan yang dikenali sebagai Muthupandi, pada mulanya minum ubat campuran herba itu untuk membuktikan keberkesanannya sebelum memberikan kepada lima pesakitnya dari kampung tersebut. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Minum Herba Beracun Dipercayai Mampu Rawat Kencing Manis "