Maut Ditimpa Batu


PADANG TERAP: Seorang pemandu jengkaut, Mohamad Yusuf Zainol, 48, maut selepas ditimpa batu ketika memandu kenderaan berat itu di Kampung Tanjung, Pedu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mohd Nasir Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi hari ini.

Katanya, kejadian disedari jam 11 pagi selepas anak mangsa berusia 22 tahun gagal menghubunginya lalu pergi memeriksa di tempat kejadian.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Manggak, dekat sini, dipercayai sedang melakukan kerja mengorek tanah di kawasan itu menggunakan jengkaut disewa.

"Bagaimanapun, batu besar dipercayai terjatuh dan terkena kepala mangsa mengakibatkan dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya di sini.

Mohd Nasir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat dan kes disiasat diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA