Masterpieces Alami Pengalaman Melucukan


KUCHING : Persembahan yang mantap dan sempurna adalah satu kepuasan bagi sebuah band muzik yang akan membuat persembahan pentas.

Tidak kira persembahan konsert atau majlis kahwin sudah pasti kesempurnaan persembahan menjadi impian band-band muzik.

Masterpiece sebuah band Sarawak yang popular dengan lagu Ngarap Nuan Nikal pulai turut berkongsi pengalaman yang tidak dilupakan ketika membuat persembahan.


Menurut Willy yang merupakan pemain gitar utama menyatakan pengalaman tersebut memang mencuit hati serta melucukan.

"Kita sudah berlatih dengan gigih dan berkeyakinan akan mempersembahan yang terbaik walaupun bermain muzik di majlis perkahwinan.

"Bila tiba masa membuat persembahan, perkara sebaliknya berlaku apabila lagu yang didendangkan hanyut jika di amati betul-betul," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Willy, apa yang berlaku ialah pada hakikatnya tajuk lagu berlainan, muzik juga berbeza. Yang lebih lucu bila vokal masuk, penyanyi pula bawa lagu lain.

"Mujur lagu sebenar yang hendak dibawa mempunyai muzik yang hampir sama, kami teruskan juga.

"Kami teruskan lagu tersebut menjadi medley dan secara spontan kami susun lagu tersebut agar tidak ketara kesilapan," ujarnya.



Pada masa sama Willy turut menyatakan bahawa single Masterpiece yang bertajuk 'KABAN' akan dikeluarkan tidak lama lagi. Single tersebut digubah sepenuhnya oleh penyanyi Masterpiece iaitu Depha Masterpiece.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA