Masterpiece Rangkul Tiga Anugerah Muzik Dayak 2016



KUCHING : Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artiste Musician Association (DAMA) yang berlangsung di Borneo Convensyen Center Kuching (BCCK) semalam menyaksikan sebuah band rock tempatan merangkul tiga anugerah berprestij.

Masterpiece, band rock yang tidak asing lagi di Sarawak telah merangkul anugerah Album Terbaik Iban, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Willy (gitar utama) berkata, lagu 'NGAP SAYOT' telah menobatkan Masterpiece merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik.



"Kami merasa berbangga kerana hasil karya kami telah diikhtiraf dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

"Terima kasih kepada DAMA kerana telah menyediakan anugerah sebegini dan akan menjadi platform kepada artis untuk terus berkarya," katanya kepada Sarawakiana

Anugerah Muzik Dayak 2016 kali ini menyediakan 26 anugerah yang terdiri daripada pelbagai kategori. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA