Maria Chin Ditahan Polis Sabah Promosi Bersih 5


KUALA LUMPUR – Pemimpin Bersih 5, Maria Chin Abdullah ditahan di Kota Marudu, Sabah oleh pihak polis semalam.

Dia dalam satu video yang dimuat naik di saluran media sosial mendakwa ditahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Saya ditahan di Balai Polis Kota Marudu. Sebentar tadi saya di bandar Langkon, Sabah.

“Polis kata saya ditahan kerana edar risalah. Saya rasa polis salah guna kuasa dan kita akan ambil tindakan,” dakwanya dalam video yang dirakam di hadapan Balai Polis Kota Marudu semalam.

Maria Chin dan kumpulan antikerajaan waktu ini sedang giat berkempen mengajak orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 5 pada bulan depan.

Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu strategi politik untuk parti pembangkang.

Sebilangan pihak dalam negara melahirkan kebimbangan Bersih 5 sebenarnya bertujuan menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di negara-negara Arab. – Mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA