Marah Sangat Mak Cik Ni Sampai Terkeluar Gigi Palsu


ALAHAI… Satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman Perkongsian Info memaparkan babak lucu seorang wanita pertengahan usia membebel dalam keadaan marah ketika ditemuramah.

Menerusi video yang tersebar, wanita kulit hitam itu seolah-olah sedang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap krisis yang melanda penempatannya.

Video ini menjadi viral kerana insiden yang menimpa wanita itu ketika sedang rancak ‘bebel’ apabila gigi palsu yang dipakai tiba-tiba ‘melompat’ keluar daripada mulutnya.

Namun ia berjaya disambut oleh wanita berkenaan lalu dipakainya semula.

Bagaimanapun, setiap tutur katanya tidak dapat difahami memandangkan wanita berkenaan bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Video itu telah ditonton lebih 85 ribu sejak ia dimuat naik dan pelbagai komen turut diberikan oleh netizen.

Antara komen yang diberikan oleh netizen ialah daripada Marie Anne McTravis: “Polident mak cik ni dah expired kot. Lain kali tengok dulu expired date pastu baru beli. Ha.. kan dah jadi viral ni.”

” Terlebih fearless jadi camni nasib sempat sambut nokss,” tulis Carla Ellin ditujukan kepada Maria Ashiqin.

Manakala Sara Unni pula: “Amboi.. marah bebenor makcik ni sampai terkeluar gigi pelesu tu… hahaha.. tulah len kali guna la polident.. hehe.”

Oleh itu, pesan kami kepada mak cik-mak cik kat luar sana yang pakai gigi palsu sentiasalah beringat ketika membebel kalau tak nak jadi macam dalam video tu.–MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA