Mangsa Taufan Matthew Perlu Bantuan


AMERIKA SYARIKAT: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menggesa 'tindak balas besar-besaran' untuk menyalur bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Matthew di Haiti yang meragut sekurang-kurangnya 1,000 nyawa.

Kelmarin, Ki-moon memaklumkan, kira-kira 1.4 juta penduduk di negara itu memerlukan bantuan segera, manakala lebih 300 sekolah tidak lagi boleh digunakan dan kawasan pertanian dan bekalan makanan musnah dalam kejadian tersebut.

"Angka dan rayuan bantuan semakin meningkat selepas kawasan terjejas berjaya diakses. Beberapa bandar dan perkampungan hampir tidak kelihatan," katanya lagi.

Angka kematian dianggarkan kira-kira 1,000 orang, namun data diperoleh pegawai tempatan dan agensi pusat perlindungan awam mengesahkan sekurang-kurangnya 336 kematian direkodkan.

Dalam perkembangan berkaitan, PBB telah melancarkan AS$120 juta (RM500 juta) rayuan dana antarabangsa untuk membantu negara termiskin di Amerika Syarikat itu untuk tempoh beberapa bulan kelak.

Difahamkan, taufan tahap empat itu turut membawa angin kencang berkelajuan sehingga 230 kilometer sejam. - Press TV

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA