• Mangsa Rumah Runtuh Di Semariang Batu Terus Terima Bantuan

    Published: Monday, 10 October 2016
    A- A+

    KUCHING:Mangsa rumah runtuh di Kampung Semariang Batu terus mendapat perhatian orang ramai terutama melibatkan pemberian bantuan.

    Petang tadi, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada Suhaime Marikan berusia 40 tahun.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan tersebut.

    Hasidah berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan kepada mangsa termasuk TBS.

    "Tindakan susulan akan diambil bagi menyelesaikan masalah rumah pasangan ini," katanya.

    Sebelum ini Skuad Sayang DUN Samariang turut tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut.

    Rumah Suhaime runtuh sekitar jam 9 malam Sabtu lepas.-Sarawakiana

  • No Comment to " Mangsa Rumah Runtuh Di Semariang Batu Terus Terima Bantuan "