Manfaat Kekayaan Herba Di Gunung Ngelik


KUALA LUMPUR: Kekayaan tanaman herba yang terdapat di Gunung Ngelik Simunjan perlu dibangunkan termasuk penghasilan minyak urutan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Nancy Shukri berkata, usaha tersebut mampu menjadikan Batang Sadong sebagai pekan herba terkemuka di Sarawak.

Bagaimanapun menurutnya, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu termasuk kerjasama dengan agensi kerajaan dan mengadakan kursus.

"Gunung Ngelik sebenarnya mempunyai banyak tanaman herba yang boleh dibangunkan.

"Ia secara tidak langsung dapat menjadikan tanaman herba sebagai minyak urutan," katanya.

Dengan terhasilnya minyak urusan, Nancy berkata, sektor perkhidmatan melibatkan urutan dapat dibangunkan di kalangan masyarakat.

"Jadi, sekurang-kurangnya orang muda dapat dilatih menjadi tukang urut profesional," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA