Malaysia Usahakan Pembebasan Awal Dr. Fauziah


KUALA LUMPUR: Malaysia sedang berusaha ke arah pembebasan awal seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan antara 13 anggota misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG) yang ditahan oleh pihak berkuasa Israel, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini menyebut bahawa mereka sedang memantau perkembangan sekitar penahanan kapal tersebut, Zaytouna-Oliva termasuk berhubung dengan beberapa pihak bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang terlibat.

Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut ialah Dr. Fauziah Mohd Hasan.

Menurut laporan, kapal yang membawa 13 aktivis kemanusiaan itu, termasuk wakil dari Malaysia, yang dalam pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza, dipintas dan ditawan oleh pihak berkuasa Israel pada 9 malam semalam waktu Malaysia.

Tentera laut Israel dilaporkan menaiki flotila itu 35 batu dari perairan Israel dan menurut jurucakap mereka: 'Proses itu berjalan tanpa sebarang tentangan dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.'

Menurut laporan itu lagi, tentera laut Israel memintas kapal berkenaan untuk menghalangnya daripada memasuki Semenanjung Gaza.-Bernama


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA