Mahathir Akui Sukar Tumbangkan BN



LUMUT - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi 14 parti komponen.

Beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.

"Bila seorang calon BN dipertandingkan, ahli dari 14 parti (komponen) yang lain akan sokong calon itu dan parti lawan akan selalu kalah.

"Ini kerana parti lawan masing-masing fikir tentang parti masing-masing tak fikir bagaimana parti nak bersatu padu, sebab itu tak boleh capai kemenangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat negeri Perak di sini hari ini. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA