Lucu! ‘Pendekar Cangkul’ Jadi Mangsa Troll Netizen


PASTI ramai yang sudah menonton rakaman video aksi ‘pendekar cangkul‘ yang membelasah seorang pekerja kontraktor pemotongan meter air di rumahnya di Johor semalam.

Aksinya yang tidak berbaju dan mengunakan cangkul bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah turut membuatkan dia secara tidak langsung menjadi terkenal sekelip mata menerusi media sosial.

Difahamkan, netizen kini giat menjadikan gambar lelaki berkenaan sebagai bahan jenaka dan troll yang membuatkan kami tidak sampai hati untuk memuatnaikkannya (baca: tergelak sakan sebenarnya).

Di sini kami kongsikan beberapa keping gambar ‘pendekar cangkul’ dengan pelbagai aksi dan bermacam latar belakang seolah-olah berdasarkan daripada watak superhero tertentu.

Antaranya aksi pertarungan dengan Ultraman, Avengers, poster adaptasi novel, permainan video dan beberapa perhimpunan jalanan sama ada perhimpunan haram Bersih mahupun himpunan Baju Merah.- myneshubb



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA