Liverpool sedia tempuhi United


LONDON: Kapten Liverpool, Jordan Henderson menegaskan pasukannya telah bersedia dari segenap segi untuk berdepan musuh tradisi, Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield hari ini (Selasa pukul 3 pagi waktu Malaysia).

Tegasnya, ‘sisi gelap’ yang sering dipamerkan oleh skuad yang dibimbing Jose Mourinho tidak akan memberi kesan terhadap gaya permainan Jurgen Klopp.

“Kami telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku nanti. Kami berjuang dengan apa yang kami miliki sekarang.

“Jika kami meneruskan momentum sebegini, tidak kira menentang pasukan mana pun, pasti mereka akan ketinggalan.

“Bagi saya pemain United hadir dan akan bermain sangat bagus di bawah bimbingan Jose nanti,” katanya - AGENSI

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA