Lima Tinggal Sehelai Sepinggang Di Kampung Ipai Limbang


LIMBANG: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Ipai musnah dalam kebakaran malam tadi.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 50 kilometer dari balai sejurus laporan diterima.

“Ketika anggota tiba di lokasi, api sedang marak dan mendapati kebakaran rumah telah mencecah 90 peratus,”katanya.

Bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan .-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA