Lima Lelaki Sindiket Curi Pasir Dicekup Di Bau


BAU: Lima lelaki dipercayai ahli kumpulan sindiket curi pasir yang bergiat aktif sejak lima bulan lalu di Padang Pan dekat sini ditahan dalam satu serbuan Ops Libas diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff semalam.

Memetik laporan Bernama, hasil risikan selama dua minggu oleh pihak risikan khas yang melaksanakan Ops Libas dengan melakukan 'serang hendap' di lokasi berkenaan berjaya menahan empat lelaki warga tempatan dan seorang warga asing bersama lima jentera juga pasir bernilai RM821, 800.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 51 tahun disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri Sarawak yang membawa hukuman maksimum RM5,000 bagi setiap jentera.

Hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk siasatan lanjut.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion ke-11 PGA Supt Soh Hock Seng berkata operasi sindiket haram berkenaan dipercayai mendapat kerjasama penduduk setempat, lapor Bernama.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA