Lelaki Warga Australia Hilang Di Taman Negara Mulu



MIRI: Satu operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan untuk mengesan seorang lelaki warganegara Australia yang hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Oktober lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata, Andrew Gaskell, 26, tidak dapat dihubungi sejak 20 Oktober lalu selepas memasuki Taman Negara Mulu, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat dibuat hari ini.

"Kami sudah menghantar pasukan mencari dan menyelamat hari ini menggunakan bot namun perjalanan mengambil masa empat atau lima jam menggunakan sungai ke sana," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zulbada berkata, jika paras sungai cetek pasukan itu mungkin terpaksa menggunakan bot panjang orang tempatan.

Beliau berkata, sebelum dilaporkan hilang, mangsa telah bermalam selama dua malam dengan seorang rakyat tempatan bernama Timothy Balang di Mulu dan sempat memaklumkan akan balik pada 21 Oktober tetapi sehingga sekarang tidak dapat dihubungi. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA