Lelaki Ini Jadi Ikan Duyung Untuk Sara Hidup


ATLANTA, Amerika Syarikat – Seorang lelaki di sini menarik perhatian apabila memilih untuk menjadi ikan duyung sebagai kerjayanya.

Dikenali sebagai Blix, lelaki berkulit hitam itu mengakui, dia sudah lama menjalani kehidupan sebagai ikan duyung lelaki atau ‘merman’.

Malah, ibu angkatnya, Natasha James sanggup membuatkan ekor silikon untuk dipakai Blix ketika berada di dalam air.

“Saya makan, tidur dan bernafas seperti ikan duyung sepanjang hidup. Ramai yang berkata saya gila, namun saya tidak peduli,” katanya.

Blix memberitahu bahawa dia mula menjadi ikan duyung lelaki profesional sejak dua tahun lalu dan dibayar AS$350 (RM1,455) untuk satu majlis keraian.

“Pelanggan boleh memilih sama ada mahukan saya berenang di dalam kolam atau sekadar untuk mengambil gambar di daratan,” katanya. – Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA