Lelaki ‘Hamil’ Kecohkan Suasana Dalam Keretapi




DEMI meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna keretapi untuk memberikan tempat duduk kepada wanita hamil, sekumpulan lelaki memilih untuk ‘memboyotkan’ perut mereka.

Aktivis itu melakukan demostrasi tersebut bermula di stesen Chengdu, China dengan memakai tshirt berwarna putih beserta mesej meminta keprihatinan pengguna untuk memberikan tempat duduk untuk mereka.

Walaupun kesedaran kaum lelaki di China terhadap keperluan wanita hamil masih lagi kurang, namun sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai aktivis lelaki yang tampil melakukan kempen kesedaran bagi tujuan itu.

Mei lalu, beberapa lelaki berlakon seperti ibu yang memberikan susu badan kepada bayi mereka sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebaikan susu badan ibu kepada bayi masing-masing selain meraikan sambutan Hari Ibu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA