Lelaki Ditahan Keluar Kenyataan Jelik Terhadap TMJ


JOHOR BAHRU: Lelaki ditahan polis di Wakaf Baru, Kelantan, pagi tadi kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook (FB).

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi, atas kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis diterima pihaknya pada 11.27 malam, Khamis lalu, berhubung penyalahgunaan laman media sosial.

"Laporan polis itu adalah berkenaan satu kenyataan jelik terhadap Tunku Ismail yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.

"Kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor itu berkenaan dengan status anakandanya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sekeping kad sim yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan jelik terbabit.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA