Lelaki Di Kecam Cium Payudara Di Program TV Live


SEBUAH stesen televisyen di Perancis menerima kecaman daripada penonton kerana menyiarkan program secara langsung, menayangkan aksi tidak senonoh seorang panel yang dijemput dalam rancangan tersebut.

Program tersebut membuat aksi lakonan semula kejadian Kim Kardashian dirompak di Paris, baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Soraya melakonkan watak Kim ketika dirompak oleh perompak yang dilakonkan oleh tetamu panelis iaitu Jean-Michel Maire yang kemudiannya diarahkan oleh hos, Cyril Hanouna untuk mencium Soraya.

Soraya menolak untuk dicium di pipi dan secara tiba-tiba Jean-Michel mencium payudara kanan Soraya menerusi rancangan yang disiarkan secara langsung itu.

Dalam rakaman itu dapat dilihat serangan seksual yang dilakukan Jean-Michel yang mana Soraya terang-terangan tidak memberi keizinan kepada lelaki itu untuk menciumnya di bahagian pipi apatah lagi di bahagian payudaranya.

Kejadian itu mendapat kecaman yang teruk daripada penonton Perancis yang bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa negara itu.- MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA