Lelaki Ceraikan Isteri Setelah Melihatnya Tanpa Mekap

Lelaki Ceraikan Isteri Setelah Melihatnya Tanpa Mekap
DUBAI – Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan isterinya. Ini setelah dia melihat wanita itu tanpa mekap buat pertama kali.

Menurut laman Daily Mail yang menukil Gulf News, semuanya berlaku gara-gara pasangan itu bermandi di dalam laut di Pantai Al Mamzar di Dubai.

Apabila air laut membersihkan muka wanita berusia 28 tahun itu daripada sebarang mekap, suaminya dikatakan tidak dapat mengenali isterinya sendiri.

Malah menurut Daily Mail, lelaki berusia 34 tahun itu menuduh isterinya menipunya kerana memakai mekap terlalu tebal dan terlalu banyak bulu mata palsu.

Dr. Abdul Aziz Asaf, seorang ahli psikologi konsultan yang sedang membantu wanita itu menghadapi perceraiannya, memberitahu Gulf News bahawa lelaki itu serta merta menceraikan isterinya dan enggan disatukan semula.

Sebenarnya, wanita itu pernah menjalani pembedahan kosmetik sebelum mereka berkahwin, dan berniat mahu memberitahu suaminya tentang hal itu, lapor Daily Mail. Pasangan itu sudah bertunang selama enam bulan sebelum bernikah.

Dr. Abdul Aziz memberitahu Gulf News bahawa lelaki tersebut tidak fikir isterinya kelihatan secantik seperti ketika beliau memakai mekap. – Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA