Lelaki Berjanggut Lebih Menarik Pada Mata Wanita


LONDON: Ini berita baik bagi kaum Adam yang berjanggut sekali gus menerangkan hikmah kenapa Rasulullah SAW menggalakkan golongan lelaki menyimpan janggut walaupun hanya sejemput.

Para saintis antarabangsa mendedahkan bahawa janggut yang dijaga rapi membuatkan orang lelaki kelihatan lebih menarik di mata kaum wanita, menurut laporan disiarkan oleh akhbar popular Daily Mail di sini.

Menerusi satu penemuan terbaharu yang boleh menjadi mimpi ngeri bagi syarikat pengilang pisau cukur, saintis mendakwa bahawa janggut sebenarnya memberi penekanan pada bahagian tulang rahang si lelaki.

Ini sekali gus menyerlahkan lagi tahap kelelakian atau kejantanan yang lebih tinggi berbanding kaum Adam wajah licin tanpa langsung ada janggut waima sekelumit atau lazim juga disebut sebagai muka jambu.

Penemuan itu mungkin memberi sedikit penjelasan kenaapa sebahagian besar selebriti lelaki antarabangsa memilih untuk pelihara janggut, termasuk Leonardo DiCaprio, George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham.

Bagaimanapun, para pengkaji berkata bahawa tidak semua janggut itu sama – janggut yang ‘sederhana tebalnya’ berkemungkinan besar mampu memikat wanita bagi hubungan perkahwinan secara jangka pendek.

Manakala janggut penuh lebat pula menandakan seorang lelaki yang boleh dipercayai wanita untuk berkahwin dan seterusnya mampu mempunyai ramai anak bagi membentuk sebuah keluarga besar.

Dapatan itu diterbitkan dalam kertas kajian sepasukan ahli psikologi yang dipimpin oleh Dr. Barnaby Dixson dari Universiti Queensland di Australia – dan juga seorang yang berjanggut, menurut profil online beliau.

Janggut mungkin dapat pertingkat tanggapan pada tahap kelelakian dan kekuasaan dengan beri penekanan pada aspek kelelakian yang tersembunyi di bahagian wajah, khasnya saiz bawah muka dan juga tulang rahang.

Namun meskipun kesan tambah penampilan bahagian tulang rahang boleh menarik perhatian kaum wanita, kajian itu merumuskan bahawa ini tidak berlaku jika seseorang lelaki itu sudah memiliki bahagian dagu yang menonjol.

Menurut laporan akhbar mingguan terkenal Britain, The Sunday Times, rating bagi tahap tarikan adalah paling tinggi bagi wajah berjanggut dengan tulang rahang yang lebih kecil disusuli dengan wajah berjanggut.

“Kemudian wajah licin tanpa janggut dengan tulang rahang yang lebih besar”, menurut hasil kajian berkenaan. Selain itu, gaya janggut yang berlainan berpotensi menarik pasangan menerusi cara yang berbeza.

Menurut dapatan pengkaji, sambil menyatakan bahawa “janggut sederhana adalah paling menarik manakala lelaki berjanggut penuh mungkin dianggap bapa yang lebih baik dapat melindungi dan melabur dalam ramai anak”.

Para pengamat budaya sudah bertahun-tahun meramalkan bahawa janggut akan lapuk dari segi fesyen – namun penganalisis berkata pencarian berkaitan janggut menerusi lelaman internet menunjukkan jumlah yang kian meningkat sepanjang 2016. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA