Lelaki Bengang, Jiran Bising Buat Seks


Seorang lelaki yang bengang kerana jiran sebelah bilik hotelnya melakukan seks dengan bunyi yang kuat, telah mengamuk dengan memecahkan pintu dan mengheret lelaki berkenaan keluar sebelum memukulnya dalam kejadian yang mengejutkan di sebuah hotel di Beihai, China.

Ia bermula apabila lelaki itu yang juga seorang ahli perniagaan, Zhang tidak dapat tidur kerana terganggu akibat bunyi bising oleh sepasang kekasih di bilik sebelah.

Zhang menginap di hotel tersebut bersama-sama rakan-rakannya untuk menghadiri satu mesyuarat.

Berang dengan keadaan berkenaan, dia telah mengetuk pintu dan memberi amaran kepada pasangan lelaki tersebut dikenali sebagai Lei Mou.

Namun Lei bukannya meminta maaf sebaliknya telah memaki hamun Zhang.

Ketika perang mulut semakin hebat, rakan-rakan Zhang yang lain berkumpul di situ. Zhang kemudiannya menarik Lei, memukul dan menendangnya.

Polis terpaksa dipanggil ke tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan terbabit.

Zhang kemudiannya mengaku dia bersikap tidak wajar dan bersedia membayar pampasan sebanyak 15,000 yuan (RM9,400) kepada Lei untuk menyelesaikan perbalahan itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA