Lelaki Bangga Miliki Punggung Ala Kim Kardashian


KIM Kardashian ternyata seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat dengan kebanyakannya cuba meniru dan menjadi seperti dirinya. Tidak terkecuali adalah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Ruby Rue.

Rue, yang berasal dari Melbourne digelar sebagai Kim Kardashian versi lelaki kerana dia begitu obses dengan selebriti terbabit.

Baru-baru ini Rue telah menaikgambarnya yang menunjukkan bahagian punggungnya, hasil inspirasi daripada punggung Kim sendiri.

Ia memberikan kejutan kepada 8,000 pengikut Rue di dalam akaun Instagramnya. Ramai yang terkejut dengan punggungnya itu.

Namun rasanya punggung berkenaan bukannya asli dan mungkin dia mendapat suntikan implan.

Apapun ketaksuban Rue ini menunjukkan bahawa peminat Kim sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk meniru selebriti pujaan mereka.

Punggung Rue itu juga menutup seketika mengenai kejadian yang menimpa Kim baru-baru ini apabila dia dirompak di sebuah apartmen di Paris. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA