Lelaki 94 Tahun Masih Bersenam Di Gim


Beijing: Gambar seorang lelaki tua, Shen Hua, kembali viral di Internet di China.

Imej lelaki berusia 94 tahun itu yang tersebar sekali lagi di media sosial negara itu, menunjukkan kemampuannya bersenam.

Shen mula melakukan senaman selepas mencapai usia 70 tahun. Sejak itu, dia tidak pernah berhenti melakukannya di sebuah gim di Guanzhou.


Gambar di atas menunjukkan hasilnya.

Tahun lalu, dia mengejutkan pengguna media sosial di China apabila videonya melakukan senaman ‘chin-up’ sebanyak 10 kali dalam usia 93 tahun dimuat naik.

Menurut Chin, dia kini hanya melakukan senaman lebih ringan kerana faktor usia.

Bagaimanapun, katanya, dia lebih gembira kerana dapat menyakinkan anak dan menantunya untuk melakukan senaman bersamanya bagi meneruskan tradisi keluarga untuk hidup sihat sepanjang usia emas. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA