Lebuh Raya Pan Borneo Tingkat Ekonomi Sarawak


KUALA LUMPUR: Lebuh Raya Pan Borneo yang menjadi 'idaman' seluruh rakyat Sarawak dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2023.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan lebuh raya dibina dengan dua peringkat.

Fasa pertama menurutnya menghubungkan Telok Melano dan Miri manakala fasa kedua melibatkan Miri ke Lawas.

"Menjelang tahun 2023, projek ini dijangka siap termasuk fasa kedua," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Randau Bersama Menteri Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Malah menurutnya, kewujudan lebuh raya itu nanti akan membuka ruang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat Sarawak.

"Ini kerana jalan ini akan memendekkan perjalanan sekaligus menjadikan harga barang lebih kompetetif.

"Pada masa sama banyak pekerjaan disediakan sama ada peringkat kontraktor atau pembekal untuk projek ini," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA